Tuesday, February 8, 2011

The power of "LOVE"



Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta (love) kepada seorang wanita. icon wink Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta ( Love Power)

Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita? The power of love...

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :

Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Love 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku icon wink Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta ( Love Power) )

Love 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH KAMI LELAKI YANG MENCINTAI DIRIMU YANG BERGELAR WANITA!!!.

Love is CINTA....


Definisi Jatuh Cinta

Sebuah perasaan dalam hati yang tidak dapat dilukiskan tentang seseorang dengan harapan dapat memiliki, ingin membahagiakan dan tidak ingin terpisah. Josh Mc Dowell menyebutkan: "Cinta sebagai sesuatu yang diharapkan semua orang. Tanpa cinta manusia tidak sempurna. Kehilangan cinta manusia akan menjadi putus asa".

JENIS-JENIS CINTA:

1) True-Love Cinta yang memberi impak positif dalam kehidupan seseorang, dia merasa berharga, dia lebih semangat dalam berkarier; mendorong untuk memiliki masa depan yang berkemenangan. True love selalu berakhir dengan kebahagiaan.

2) False-Love Cinta yang memberi impak negatif dalam kehidupan seseorang, dia tidak maju, berkembang dalam dosa (seperti menjadi penipu, pembohong, berzina kerana cinta, malas belajar). False love selalu berakhir dengan kehancuran.

3) Captive-Love Cinta yang membelenggu seseorang, sehingga tidak ada hal lain yang difikirkan dan dikerjakan kecuali cinta. Akhir dari cinta ini biasanya kekecewaan.

PENYEBAB TIDAK MENDAPATKAN TRUE LOVE:

1) Ketidakmengertian tentang erti cinta yang sesungguhnya Banyak yang menghubungkan cinta sebagai kesenangan sesaat atau daya tarik sexual yang menggiurkan.

2) Ketidaksedaran akan tanggung jawab dalam cinta Cinta bukan hanya "saya tertarik dan saya ingin mendapatkannya". Namun cinta adalah "TANGGUNG JAWAB". Tanggung jawab di sini memerlukankan kedewasaan dan visi hidup yang jelas, apa setelah jatuh cinta ini ? (Bererti ketertarikan tidak boleh selalu dihubungkan dengan jatuh cinta).

3) Terlalu tertipu dengan romantik dan pengalaman sexual Television dan majalah serta buku-buku menggambarkan jatuh cinta sebagai pengalaman romantis yang membawa pada pengalaman sexual, mulai dari yang ringan seperti pelukan, ciuman, hingga yang berat seperti hubungan sex. Namun hal tersebut adalah menyesatkan kerana romantik dan sex adalah pengikat perkawinan.

4) Tidak menghubungkan cinta dengan penciptaNya Banyak orang muda justeru menjadikan cinta sebagai sesuatu yang tidak boleh dihubungkan dengan kerohanian. Ini salah besar. Justeru orang yang jatuh cinta harus berdoa dengan benar, apakah ini kehendak Tuhan ?, ataukah hanya gejala ketertarikan kepada lain jantina sebagai konsekuensi gejolak kemudaan.

HAL-HAL MENDASAR TENTANG CINTA

1) Kedewasaan Kedewasaan adalah syarat mutlak untuk jatuh cinta. Jatuh cinta tanpa kedewasaan akan membawa kita pada penipuan dan kehancuran.

2) Tanggung jawab Tanggung jawab membawa cinta pada ikatan yang kuat, tanpa tanggung jawab cinta hanyalah sebuah permainan.

3) Kesediaan berkorban Cinta tanpa kesiapan untuk berkorban hanyalah menjadi pemaksaan kehendak dan penjajahan.

4) Kesabaran Kesabaran adalah hal penting dalam jatuh cinta, tanpa kesabaran kita hanya akan dipermainkan oleh perasaan diri, dan berakhir pada kegagalan.

5) Kesetiaan Orang yang siap jatuh cinta adalah orang yang menyedari tiap-tiap orang memiliki kekurangan, namun saya berpendapat orang yang cocok dengan saya yaitu orang yang Tuhan sediakan buat saya. Jangan mudah berpindah-pindah cinta.

BAGAIMANA MENDAPAT CINTA YANG SEJATI

* Dimulai dengan doa. * Gunakan akal sihat. * Biarkan proses waktu berjalan. * Prinsip-prinsip Firman Tuhan dipertahankan. * Hadapi masalah dan selesaikan. * Mohon pandangan dari orang lain yang lebih dewasa dan dari Pencipta.

PANDANGAN SPRITUAL TENTANG CINTA YANG SEJATI

1) Jangan bangkitkan cinta sebelum waktunya Taruhlah aku seperti materai pada hatimu, seperti materai pada lenganmu, kerana cinta kuat seperti maut, keghairahan gigih seperti dunia orang mati, nyalanya adalah nyala api, seperti nyala api Tuhan! Air yang banyak tak dapat memadamkan cinta, sungai-sungai tak dapat menghanyutkannya. Sekalipun orang memberi segala harta benda rumahnya untuk cinta, namun pasti ia akan dihina. Jangan kamu membangkitkan dan menggerakkan cinta sebelum diingininya!

2) Cinta harus tegas 3) Cinta adalah tanggung jawab

BAGAIMANA JATUH CINTA DENGAN BENAR

Sedari Tuhan ingin kita jatuh cinta; hanya:

1) Pada saat yang tepat. 2) Dengan orang yang tepat. 3) Dengan cara yang tepat. 4) Komunikasikan dengan Tuhan setiap kali perasaan jatuh cinta muncul: "Jika ini dari Tuhan biarlah tetap teguh, namun jika bukan dari Tuhan biarlah lalu".

Perhatikan prinsip firman Tuhan:

1) Gelap tidak dapat bersatu dengan terang. (Harus dengan orang yang seiman) 2) Harus saling membangun. (Bukan sekadar boleh atau tidak boleh) 3) Harus yang sepadan. (Boleh saling menutupi kekurangan/kelemahan) 4) Ingat, senang tidak harus bererti jatuh cinta. 5) Cinta yang sejati dapat dikendalikan; yang tidak dapat dikendalikan adalah hawa nafsu.