Tuesday, February 8, 2011

The power of "LOVE"



Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta (love) kepada seorang wanita. icon wink Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta ( Love Power)

Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita? The power of love...

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :

Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Love 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku icon wink Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta ( Love Power) )

Love 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH KAMI LELAKI YANG MENCINTAI DIRIMU YANG BERGELAR WANITA!!!.

Love is CINTA....


Definisi Jatuh Cinta

Sebuah perasaan dalam hati yang tidak dapat dilukiskan tentang seseorang dengan harapan dapat memiliki, ingin membahagiakan dan tidak ingin terpisah. Josh Mc Dowell menyebutkan: "Cinta sebagai sesuatu yang diharapkan semua orang. Tanpa cinta manusia tidak sempurna. Kehilangan cinta manusia akan menjadi putus asa".

JENIS-JENIS CINTA:

1) True-Love Cinta yang memberi impak positif dalam kehidupan seseorang, dia merasa berharga, dia lebih semangat dalam berkarier; mendorong untuk memiliki masa depan yang berkemenangan. True love selalu berakhir dengan kebahagiaan.

2) False-Love Cinta yang memberi impak negatif dalam kehidupan seseorang, dia tidak maju, berkembang dalam dosa (seperti menjadi penipu, pembohong, berzina kerana cinta, malas belajar). False love selalu berakhir dengan kehancuran.

3) Captive-Love Cinta yang membelenggu seseorang, sehingga tidak ada hal lain yang difikirkan dan dikerjakan kecuali cinta. Akhir dari cinta ini biasanya kekecewaan.

PENYEBAB TIDAK MENDAPATKAN TRUE LOVE:

1) Ketidakmengertian tentang erti cinta yang sesungguhnya Banyak yang menghubungkan cinta sebagai kesenangan sesaat atau daya tarik sexual yang menggiurkan.

2) Ketidaksedaran akan tanggung jawab dalam cinta Cinta bukan hanya "saya tertarik dan saya ingin mendapatkannya". Namun cinta adalah "TANGGUNG JAWAB". Tanggung jawab di sini memerlukankan kedewasaan dan visi hidup yang jelas, apa setelah jatuh cinta ini ? (Bererti ketertarikan tidak boleh selalu dihubungkan dengan jatuh cinta).

3) Terlalu tertipu dengan romantik dan pengalaman sexual Television dan majalah serta buku-buku menggambarkan jatuh cinta sebagai pengalaman romantis yang membawa pada pengalaman sexual, mulai dari yang ringan seperti pelukan, ciuman, hingga yang berat seperti hubungan sex. Namun hal tersebut adalah menyesatkan kerana romantik dan sex adalah pengikat perkawinan.

4) Tidak menghubungkan cinta dengan penciptaNya Banyak orang muda justeru menjadikan cinta sebagai sesuatu yang tidak boleh dihubungkan dengan kerohanian. Ini salah besar. Justeru orang yang jatuh cinta harus berdoa dengan benar, apakah ini kehendak Tuhan ?, ataukah hanya gejala ketertarikan kepada lain jantina sebagai konsekuensi gejolak kemudaan.

HAL-HAL MENDASAR TENTANG CINTA

1) Kedewasaan Kedewasaan adalah syarat mutlak untuk jatuh cinta. Jatuh cinta tanpa kedewasaan akan membawa kita pada penipuan dan kehancuran.

2) Tanggung jawab Tanggung jawab membawa cinta pada ikatan yang kuat, tanpa tanggung jawab cinta hanyalah sebuah permainan.

3) Kesediaan berkorban Cinta tanpa kesiapan untuk berkorban hanyalah menjadi pemaksaan kehendak dan penjajahan.

4) Kesabaran Kesabaran adalah hal penting dalam jatuh cinta, tanpa kesabaran kita hanya akan dipermainkan oleh perasaan diri, dan berakhir pada kegagalan.

5) Kesetiaan Orang yang siap jatuh cinta adalah orang yang menyedari tiap-tiap orang memiliki kekurangan, namun saya berpendapat orang yang cocok dengan saya yaitu orang yang Tuhan sediakan buat saya. Jangan mudah berpindah-pindah cinta.

BAGAIMANA MENDAPAT CINTA YANG SEJATI

* Dimulai dengan doa. * Gunakan akal sihat. * Biarkan proses waktu berjalan. * Prinsip-prinsip Firman Tuhan dipertahankan. * Hadapi masalah dan selesaikan. * Mohon pandangan dari orang lain yang lebih dewasa dan dari Pencipta.

PANDANGAN SPRITUAL TENTANG CINTA YANG SEJATI

1) Jangan bangkitkan cinta sebelum waktunya Taruhlah aku seperti materai pada hatimu, seperti materai pada lenganmu, kerana cinta kuat seperti maut, keghairahan gigih seperti dunia orang mati, nyalanya adalah nyala api, seperti nyala api Tuhan! Air yang banyak tak dapat memadamkan cinta, sungai-sungai tak dapat menghanyutkannya. Sekalipun orang memberi segala harta benda rumahnya untuk cinta, namun pasti ia akan dihina. Jangan kamu membangkitkan dan menggerakkan cinta sebelum diingininya!

2) Cinta harus tegas 3) Cinta adalah tanggung jawab

BAGAIMANA JATUH CINTA DENGAN BENAR

Sedari Tuhan ingin kita jatuh cinta; hanya:

1) Pada saat yang tepat. 2) Dengan orang yang tepat. 3) Dengan cara yang tepat. 4) Komunikasikan dengan Tuhan setiap kali perasaan jatuh cinta muncul: "Jika ini dari Tuhan biarlah tetap teguh, namun jika bukan dari Tuhan biarlah lalu".

Perhatikan prinsip firman Tuhan:

1) Gelap tidak dapat bersatu dengan terang. (Harus dengan orang yang seiman) 2) Harus saling membangun. (Bukan sekadar boleh atau tidak boleh) 3) Harus yang sepadan. (Boleh saling menutupi kekurangan/kelemahan) 4) Ingat, senang tidak harus bererti jatuh cinta. 5) Cinta yang sejati dapat dikendalikan; yang tidak dapat dikendalikan adalah hawa nafsu.

Tuesday, January 4, 2011

Dia isteri ku

Post aku hari ni berkenaan pemilihan isteri..
Semua lelaki mahu isteri yang terbaik bagi dirinya...
Tapi tidak semuanya baik untuk lelaki...baik untuk keluarga?
So, kita lihat pandangan dari sudut yang berbeza...
Supaya kita faham apakah kemahuan kita & mereka yang lain...

Sebelum baca entry ni, kita layan lagu 1970-an...
Mungkin, macam inilah orang dulu2 bercinta...
Selamat mambaca & berhibur...


Gelora Asmara ~ P. Ramlee


Sambil mulut tu menyanyi gelora asmara...
Kita bincang topik pemilihan isteri...

Bakal suami memilih isteri~
1) Cantik bagi si lelaki...sangat subjektif
2) Pandai menjaga hatinya
3) Wanita boleh berkongsi suka & duka
4) Wanita yang sentiasa bersamanya..."u jump, i jump"..(sebelum kahwin, boleh la cakap)
5) Wanita yang patuh pada kata2 nya
p/s~Ada gak lelaki yang suka pada wanita yang "barang" power...memang hampeh laki ni..

Bakal ibubapa memilih menantu wanita~
1) Mempunyai sifat isteri yang soleh...(ibubapa sejahat mana pun, tapi menantu nak yang baik)
2) Mempunyai sifat2 keibuan
3) Melihat keadaan ibubapa bakal menantu..kerana nak jadi besan, ibubapa akan menjadi kawan rapat kepada besannya
4) Wanita yang boleh lahirkan zuriat..nak jadi atuk/nenek, mesti la nak cucu
5) Wanita yang mementingkan keluarga (suami & anak2)
6) Wanita yang menghormati orang tua
p/s~ada gak ibubapa yang memilih sebab keturunan...tapi bilangan sangat sedikit..

Ahli keluarga memilih ahli keluarga baru (wanita)~
1) Wanita yang boleh membantu ahli keluarga yang lain (contohnya dalam kenduri kendara, dll)
2) Wanita yang boleh bergaul bersama ahli keluarga yang lain
p/s~ ada gak ahli keluarga yang suka wanita yang cantik supaya dapat menghasilkan zuriat yang cantik / hensem...

MORAL~ Apabila hendak memilih isteri, janganlah kita memilih atas pilihan kita aje..kita kenalah jugak terima pandangan dari orang lain (contohnya ibubapa, adik-beradik, dll)..Kerana suatu masa nanti, kita juga akan jadi ibubapa & mereka yang lain..

Aku dah bertunang

Entry aku hari ini berkenaan TUNANG...
Maklumlah, ramai orang tanamkan niat azam baru untuk 2011...
Nak tamatkan zaman dara & bujangnya...
Aku?...biarlah rahsia...hehe
Mari kita sama-sama bincang pasal TUNANG...
Apa maksud & jenis tunang?
1)Persetujuan untuk berkahwin antara lelaki & perempuan
- Biasanya hubungan ini tidak kekal lama...sekejap2 putus..sekejap2 sambung..
- Kebanyakannya keputusan ini dibuat mengikut emosi & keseronokan
- Kekadang tanpa persetujuan keluarga (beraninya korang!)...
- Kekadang tanpa fikir panjang..nak kawen dengan saya? (skrip azroy)..uweekkk
- Yang bagusnya, tunang macam ni mudah...
2)Persetujuan untuk berkahwin antara kedua2 keluarga lelaki & perempuan
- Biasanya hubungan ini akan kekal lama...tp tak semuanya...
- Hubungan ini dibuat dengan mengambil berat tentang masa depan keluarga...
- Kekadang ada yang kena paksa tunang & kahwin...tapi ada hikmahnya...
- Tujuan kahwin pun untuk menghubungkan kekeluargaan...mestilah keluarga terima seadanya
- Yang tak bagusnya, tunang macam ni susah...macam2 adat nak kena ikut..
- Biasalah, nak ambil anak orang..kenalah beradab sikit...
- Tapi, janganlah melebihkan adat daripada agama..
Apa tujuan tunang?
1) Mestilah untuk kahwin...hehehe...
2) Tanda lelaki / pompuan telah "ditempah"
3) Beri tempoh masa untuk membuat persediaan kahwin...
(banyak lagi...)
Tunang bukan bertujuan~
1) Lesen dating...ramai yang buat macam ni..
2) Mengenali lebih dekat...jangan sampai badan yang "melekat"...
3) Tidur serumah...kononnya ingin tunjuk sikap baik pada keluarga mertua...
(banyak lagi...)
Berapa lama tempoh bertunang?
Secepat mungkin (1-4 bulan)
- Fizikal, mental, material (duit, rumah, belanja kahwin...) dah sedia ada
- Lembu dah sedia nak sembelih...hehe..
- Nak tempah canopy, catering, baju pengantin & pelamin....yang penting katil...hehe
(banyak lagi...)
Kesan bertunang lama2 (1-2 tahun)~
1) Mengenal kelemahan & kekurangan pasangan
2) Membanding pasangan dengan orang lain yang lebih baik darinya
3) Hubungan menjadi renggang...biasalah, masa bertunang banyak ujian & dugaanNya
4) Bertambah dosa sebab asyik berdua2an je..
5) Biasanya putus tunang, sebab masing2 mencari kesempurnaan tetapi gagal...
(banyak lagi...)
Kisah sahabat RA~
Seorang sahabat Nabi SAW yang berkulit hitam ditanya oleh Rasulullah, "Mahukah kamu berkahwin?"...."Mahu ya Rasulullah", jawab sahabat. Maka Rasulullah telah pergi bertemu bapa seorang gadis yang jelitawan tetapi bapa itu telah menolaknya kerana sahabat itu berkulit hitam. Apabila gadis itu mengetahui lamaran itu datang dari Rasulullah, gadis itu telah berjumpa dengan bapanya dan berkata, "jika itu adalah dari Rasulullah, maka itu adalah perintah dari kekasihNya". Akhirnya bapa gadis itu telah terima lamaran Rasulullah untuk sahabat itu.
Dah bertunang la tu...
Sahabat itu pun gembira (nak kahwin mestilah gembira..hahaha) dan membeli barangan untuk perkahwinannya. Tiba2 datang seruan jihad dan sahabat itu telah menjualkan segala barangan perkahwinannya untuk membeli barang peperangan (pedang, baju perisai dll..). Akhirnya sahabat itu telah syahid di jalan Allah SWT.
Pada suatu malam, Rasulullah telah bermimpi berjumpa sahabat itu. "Rasulullah, aku telah berkahwin", bicara sahabat itu. Rasulullah telah lihat bahawa sahabat itu berkulit cerah & kehitamannya telah dijadikan tahi lalat pada tubuh bidadari2 di Syurga....
ish3...sedih plak aku..
MORAL~janganlah tunang sehingga 1-2 tahun kerana akan mengundang banyak kesulitan...

Sunday, January 2, 2011

Lelaki kurang bercakap...SAYANG & CINTA


Lelaki...

Kenapa korang kurang bercakap...

Susah sangatkah untuk mengucapkan SAYANG..CINTA...

Apa kena dengan korang?...

Nak buat macam mana...

Memang diciptakan macam tu...


Perempuan...

Kenapa korang suka bercakap...

Kekadang cakap tak berhenti2...

Kenapa korang suka tanye pada lelaki...

U sayang i tak?...

U cinta i tak?...

Kenapa u cintakan i?...

Kenapa u pilih i?...
Sebelum tu, kita dengar lagu ini dulu...
Baru ada feeling sikit baca entry ni...hehe..
Selamat membaca...


JOM...

kita mengenal lelaki maskulin...hehehe

Lelaki memang kurang suka bercakap...

Beza dengan wanita...


Dalam mendidik anak...

contohnya anak 5 tahun bermain di atas tangga...

Bahaya kan?...

Maka si ayah akan ambil & letakkan anak itu di tempat yang selamat...

Kekadang, cakap pun tak banyak...

"Long, jangan main kat tangga..bahaya"...

Jika si anak tadi masih lagi bermain, si ayah akan terus ambil rotan..hehe

Berbeza dengan si ibu...

Dia terus bercakap dan terus bercakap sehingga si anak tadi jatuh tangga...

Tapi, tidak semua wanita macam tu..

Dalam soal SAYANG & CINTA...
Sebelum kahwin, memang banyak lelaki yang suka luahkan dengan kata2...
Mungkin kerana nak ambil hati wanita jer...
Hakikatnya, lelaki memang tak suka luahkan sayang & cinta dengan kata2...
Lelaki lebih suka dengan perbuatan...
Kerana, baginya dengan kata2 adalah dusta & boleh berubah segalanya...
Selepas kahwin, jarang sekali lelaki luahkan perasaan sayang & cinta...
Berbanding luahan ketika sebelum kahwin...
Kalau ada pun, sebelum nak "bersama" jer...
Sebelum kahwin, lelaki lebih fokus pada perasaan...
Selepas kahwin, lelaki lebih fokus pada tanggung jawab....
Selamat bercinta....
p/s~Selepas berkahwin, bukan bermakna lelaki dah tak sayang...
Lelaki lebih sayang, cuma tak dapat diluahkan dengan kata2...
Hanya dapat diluahkan dengan perbuatan...
"Tanda i cinta u, i dah bagi 10 orang anak"....WOHA!

Jangan kahwin lari


Kahwin lari...
Bukan bermaksud nikah sambil berlari...
Bukan bermaksud bersanding sambil berlari...
Bukan bermaksud selepas bernikah kena lari berganti2...
Bukan itu maksudnya...
Kahwin lari...
Bermaksud bernikah tanpa persetujuan wali pihak perempuan...
Bermaksud bernikah tanpa mendapat restu keluarga...
Bermaksud bernikah tanpa persetujuan keluarga...
Biasanya bernikah di negara jiran seperti Siam & Lombok...
Yang lebih mudah prosedur pernikahannya...
Jangan kahwin lari...kenapa?
1) Tidak mendapat restu keluarga...
2) Tiada keberkatan dalam perhubungan...
3) Merosakkan institusi kekeluargaan...
4) Menyusahkan diri sendiri, lepas nikah kena naik turun pejabat agama...
5) Jika ada masalah, keluarga juga yang kita cari...
6) Kebahgian tidak dapat dikongsi bersama keluarga...
7) Banyak lagi masalah yang akan timbul...
Bagaimana elakkan kahwin lari?...
1) Dapatkan restu keluarga...
2) Putuskan hubungan jika tiada restu keluarga, masih banyak pilihan...
3) Doa...
Kesan jika kahwin lari...
1) Dah nikah, suka lah...
2) Keluarga akan "buang" kita...
3) Keluarga yang dibina tidak bahgia yang disangka2 (1,2,3 tahun)...
4) Kadang2 anak tidak sempurna & tiada zuriat...
akibat doa dari keluarga...
5) Penat, naik turun pejabat agama untuk daftar nikah...
6) Hidupnya susah...
7) Banyak lagi kesannya...
p/s~bila bercinta sebelum kahwin, semuanya indah...
bila bercinta selepas kahwin, baru tau sebenarnya...

Saturday, January 1, 2011

Saat terbaik menasihati isteri


Wanita memang suka merajuk...

Wanita memang suka dipujuk...

Wanita memang suka dibelai...

Wanita memang suka macam tu...

Orang lelaki kenalah terima...

Tapi, masih ada lelaki yang tidak tahu...

Masa yang sesuai untuk memujuk isteri...

Masa yang sesuai untuk menasihat isteri...

Bila?...


Sayang, kita balik rumah mak saya?...tak nak...

Sayang, kita pergi dengar ceramah agama?...tak nak...

Sayang, malam ni masak makanan kegemaran abang?...tak nak...

Sayang, kita "tambah" anak lagi?...tak nak...

Kenapa isteri tidak ikut cakap suami?...

Mari ikut tips ini...


Kajian telah dibuat saat bila isteri ikut cakap suami...

Dan ternyata berkesan dan terbukti...

Masa bila?...

Apabila selepas suami "bersama" dengan isteri...

Layanlah isteri dengan penuh kasih sayang...

Layanlah isteri mengikut kesukaannya...

Saat itulah isteri akan berasa gembira...

Maka pada masa itulah, suami berikan nasihat pada isteri...

Pasti isteri akan menuruti segala kata-kata suami...

Contohnya...


Abang tengok sayang nampak cantik bila pakai tudung, boleh tak sayang pakai tudung?...baiklah....

Abang nak ajak sayang bercuti di rumah mak abg, boleh?...baiklah...

Esok malam ada ceramah agama, abg nak ajak sayang boleh?...baiklah...

Sayang pandai masak,boleh masak makanan kegemaran abang?...baiklah...

Abang rancang nak tambah anak lagi, boleh?...baiklah...

Selamat mencuba....
p/s~AMARAN!, jangan "bersama" semasa wanita datang bulan...sabar
Jangan gunakan tips ini untuk kahwin lagi...mesti tak dapat...hehe