Entry aku hari ini berkenaan TUNANG...
Maklumlah, ramai orang tanamkan niat azam baru untuk 2011...
Nak tamatkan zaman dara & bujangnya...
Aku?...biarlah rahsia...hehe
Mari kita sama-sama bincang pasal TUNANG...
Apa maksud & jenis tunang?
1)Persetujuan untuk berkahwin antara lelaki & perempuan
- Biasanya hubungan ini tidak kekal lama...sekejap2 putus..sekejap2 sambung..
- Kebanyakannya keputusan ini dibuat mengikut emosi & keseronokan
- Kekadang tanpa persetujuan keluarga (beraninya korang!)...
- Kekadang tanpa fikir panjang..nak kawen dengan saya? (skrip azroy)..uweekkk
- Yang bagusnya, tunang macam ni mudah...
2)Persetujuan untuk berkahwin antara kedua2 keluarga lelaki & perempuan
- Biasanya hubungan ini akan kekal lama...tp tak semuanya...
- Hubungan ini dibuat dengan mengambil berat tentang masa depan keluarga...
- Kekadang ada yang kena paksa tunang & kahwin...tapi ada hikmahnya...
- Tujuan kahwin pun untuk menghubungkan kekeluargaan...mestilah keluarga terima seadanya
- Yang tak bagusnya, tunang macam ni susah...macam2 adat nak kena ikut..
- Biasalah, nak ambil anak orang..kenalah beradab sikit...
- Tapi, janganlah melebihkan adat daripada agama..
Apa tujuan tunang?
1) Mestilah untuk kahwin...hehehe...
2) Tanda lelaki / pompuan telah "ditempah"
3) Beri tempoh masa untuk membuat persediaan kahwin...
(banyak lagi...)
Tunang bukan bertujuan~
1) Lesen dating...ramai yang buat macam ni..
2) Mengenali lebih dekat...jangan sampai badan yang "melekat"...
3) Tidur serumah...kononnya ingin tunjuk sikap baik pada keluarga mertua...
(banyak lagi...)
Berapa lama tempoh bertunang?
Secepat mungkin (1-4 bulan)
- Fizikal, mental, material (duit, rumah, belanja kahwin...) dah sedia ada
- Lembu dah sedia nak sembelih...hehe..
- Nak tempah canopy, catering, baju pengantin & pelamin....yang penting katil...hehe
(banyak lagi...)
Kesan bertunang lama2 (1-2 tahun)~
1) Mengenal kelemahan & kekurangan pasangan
2) Membanding pasangan dengan orang lain yang lebih baik darinya
3) Hubungan menjadi renggang...biasalah, masa bertunang banyak ujian & dugaanNya
4) Bertambah dosa sebab asyik berdua2an je..
5) Biasanya putus tunang, sebab masing2 mencari kesempurnaan tetapi gagal...
(banyak lagi...)
Kisah sahabat RA~
Seorang sahabat Nabi SAW yang berkulit hitam ditanya oleh Rasulullah, "Mahukah kamu berkahwin?"...."Mahu ya Rasulullah", jawab sahabat. Maka Rasulullah telah pergi bertemu bapa seorang gadis yang jelitawan tetapi bapa itu telah menolaknya kerana sahabat itu berkulit hitam. Apabila gadis itu mengetahui lamaran itu datang dari Rasulullah, gadis itu telah berjumpa dengan bapanya dan berkata, "jika itu adalah dari Rasulullah, maka itu adalah perintah dari kekasihNya". Akhirnya bapa gadis itu telah terima lamaran Rasulullah untuk sahabat itu.
Dah bertunang la tu...
Sahabat itu pun gembira (nak kahwin mestilah gembira..hahaha) dan membeli barangan untuk perkahwinannya. Tiba2 datang seruan jihad dan sahabat itu telah menjualkan segala barangan perkahwinannya untuk membeli barang peperangan (pedang, baju perisai dll..). Akhirnya sahabat itu telah syahid di jalan Allah SWT.
Pada suatu malam, Rasulullah telah bermimpi berjumpa sahabat itu. "Rasulullah, aku telah berkahwin", bicara sahabat itu. Rasulullah telah lihat bahawa sahabat itu berkulit cerah & kehitamannya telah dijadikan tahi lalat pada tubuh bidadari2 di Syurga....
ish3...sedih plak aku..
MORAL~janganlah tunang sehingga 1-2 tahun kerana akan mengundang banyak kesulitan...
best artikel ni...lengkap dan padat, boleh dibuat panduan oleh bakal2 pasangan yg menitik beratkan agama dlm setiap perlakuan kehidupan.
ReplyDelete"kalu berdua yg ketiga syaitan"
"kalu dah berkenan hntr rombongan meming, kalu boleh jgn tunag lama2"arinih tung esok kawin..hehehehe
sabrina~yo la tu...pompuan mmg suka dipinang cepat2..
ReplyDelete