
Semua lelaki mahu isteri yang terbaik bagi dirinya...
Tapi tidak semuanya baik untuk lelaki...baik untuk keluarga?
So, kita lihat pandangan dari sudut yang berbeza...
Supaya kita faham apakah kemahuan kita & mereka yang lain...
Sebelum baca entry ni, kita layan lagu 1970-an...
Mungkin, macam inilah orang dulu2 bercinta...
Selamat mambaca & berhibur...
Gelora Asmara ~ P. Ramlee
Sambil mulut tu menyanyi gelora asmara...
Kita bincang topik pemilihan isteri...
Bakal suami memilih isteri~
1) Cantik bagi si lelaki...sangat subjektif
2) Pandai menjaga hatinya
3) Wanita boleh berkongsi suka & duka
4) Wanita yang sentiasa bersamanya..."u jump, i jump"..(sebelum kahwin, boleh la cakap)
5) Wanita yang patuh pada kata2 nya
p/s~Ada gak lelaki yang suka pada wanita yang "barang" power...memang hampeh laki ni..
Bakal ibubapa memilih menantu wanita~
1) Mempunyai sifat isteri yang soleh...(ibubapa sejahat mana pun, tapi menantu nak yang baik)
2) Mempunyai sifat2 keibuan
3) Melihat keadaan ibubapa bakal menantu..kerana nak jadi besan, ibubapa akan menjadi kawan rapat kepada besannya
4) Wanita yang boleh lahirkan zuriat..nak jadi atuk/nenek, mesti la nak cucu
5) Wanita yang mementingkan keluarga (suami & anak2)
6) Wanita yang menghormati orang tua
p/s~ada gak ibubapa yang memilih sebab keturunan...tapi bilangan sangat sedikit..
Ahli keluarga memilih ahli keluarga baru (wanita)~
1) Wanita yang boleh membantu ahli keluarga yang lain (contohnya dalam kenduri kendara, dll)
2) Wanita yang boleh bergaul bersama ahli keluarga yang lain
p/s~ ada gak ahli keluarga yang suka wanita yang cantik supaya dapat menghasilkan zuriat yang cantik / hensem...
MORAL~ Apabila hendak memilih isteri, janganlah kita memilih atas pilihan kita aje..kita kenalah jugak terima pandangan dari orang lain (contohnya ibubapa, adik-beradik, dll)..Kerana suatu masa nanti, kita juga akan jadi ibubapa & mereka yang lain..